Sunday, 28 December 2014

HAPPY BIRTHDAY PUTRA REDZA IMAN 11/12/2014 - 2 TAHUN



putra redza iman
masa baru lahir


tanggal 11/12/2014
genap la Redza Iman 2 tahun
tak buat lagi besday party.
tarikh 11/12/2014, papa kena out station so selangor cuti mama bawa redza pegi kidzoona jusco equine.
bagi dikmok main puas2.
rayyan imran kiter tinggalkan umah nenek. hehehe.

redza 4  bulan

redza 8 bulan
redza  raya 2014

si kecik mama ni buat mama rasa geram sangat.
mama doakan adik jadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat.
semoga adik sihat-sihat selalu.
mama, papa, rayyan saaaaaayang adik.

cayang adik

jom layan gambar adik kat kidzonna.
da besar nanti mama bawak ke kidzania yer sayang.



  sampai2 terus nak naik benda nih

 eksaited!



sticker kena tampal kat baju, hehehe

suke yer!


hampir 2 jam main kat situ.
bawak g makan dia merengek.
dalam kete odw umah nenek terus tdo.
sian adik.
janji adik happy kan.

nanti kiter bawak abg rayyan pulak.

bye.


yang sentiasa sayangkan adik,
mama ezza

Wednesday, 17 September 2014

SELAMAT HARI LAHIR PUTRA RAYYAN IMRAN




Salam,

Hari ni 18 September 2014 adalah Hari Lahir buat kesayangan mama
Putra Rayyan Imran.
Rasa cepat sangat masa berlalu.
Sekejap je dah 3 tahun.
Teringat2 lagi masa 3  tahun yang lepas rasa sakit nye nak bersalin kan 
si kecik ni.
12 jam dalam labour room.
Allah jer la yang tahu sakitnya.

Sekarang ni dia da pandai menyanyi.
macam2 lagu da dia nyanyi.
lagu bangau o bangau.
lagu bulat kecik.
bulat kecik.bulat kecik. bulat la besar.
sayang papa.sayang mama.selamat malam..:hihihi:)

Mama, papa dan adik redza doakan Rayyan akan sentiasa sihat dan menjadi budak yang baik. 
Mama, papa dan adik redza sayang Rayyan ketat2.
muuuaaaahhhh!!!






luv u sayang!!!!




yang sentiasa sayangkan rayyan;
-mama-

Sunday, 14 September 2014

#JomSolat









Redza Iman skang da 1 tahun 9 bulan.
da pandai solat.
da pandai merajuk.
da pandai berebut mainan dgn rayyan.
erm...ni la dia si yayang mama!


Monday, 18 August 2014

BOLEH.MESTI BOLEH!

Salam syawal lagi.

Semalam bawa putra riz gi taman permainan. 
Asik bawa ke shoping mall jer. 
Kesian.bagi can diorang main2 kat playground.
Papa bawa ke playground dekat dengan picc.
rayyan suka la.adik pon.
tak lama sebab ramai org.
dpt la main sekejap.


 Adik tgk dulu.boleh ker ni nak panjat?

 Boleh kot....

 Yay...adik boleh. adik senyum!

 Yes!adik berjaya


Rayyan Imran pon....:)

Tuesday, 5 August 2014

HARI RAYA 2014

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir & Batin.

Gambar raya sekeping jer.



ikhlas daripada: 

Redza Iman  & Rayyan Imran







Thursday, 22 May 2014

DATING KAT CAFE@PICC


Salam,

tengahari tadi papa datang amik kat opis.
ajak pi makan
kitorang nak pegi makan kat cafe @ picc.
murah siot. RM15 nett.per person.
makan sampai lebam.

tapi sebab aku kan tengah diet, diet la sangat so makan sikit2.
(sikit la konon)
aku gi try makan ni sbb baca kat blog2 bloger yg wat review makan kata best.
best ker? setakat nak ilangkan lapo, boleh la.
nak kata sedap sangat tak kot.

kalo dari 5 star aku boleh bg 2 jer.
eh, ko pehal, memandai nak bg bintang2 nih?
bukan ada orang kenal ko, review ko tak sape nak pandang la.
ada aku kesah..

layan je la gambo nih.

ni papa makan, banyak nih jer.. rugi bayo 15 hengget,
takpe ma boleh cover utk papa

air oren ngan sirap.


kuar dr lift nampak banner nih


bubur caca
yang ni sedap rasa nak menari caca. 2  kali aku return, kihkih

sayur pucuk paku- kari sotong- gulai siput... boley laaa...
sotong cam tak fresh.. dah la tu sesungut jer.. 


telur masak kurma- kari udang (pon tak fresh), lala (ok laaaaa)


salad..erm..ok!

alamak gambo tak ikut susunan..lantak lah. 

mee hoon sup.
ok la sebab sedap skit dari uniten yang mahal nak mampos, 

nih tukang belanja.
maceh papa, nanti belanja lagi ek.


sebenarnya banyak food lain tapi aku tak amik.
amik mana yang rasa nak makan je la..
kang amik bebanyak, tak makan membazir.
membazir tu kan amalan syaitonn..



ok.tu je nak share.

kalo korang nak makan boleh contact tempat ni



daaaa....

Friday, 16 May 2014

APC 2014


Salam Jumaat.

2 minggu lepas dapat surat kaler oren dari Pejabat Pendaftar.
ingatkan surat apa.. rupa2nya surat rezki...Alhamdulillah..



so semalam 15/05/2014 papa temankan aku gi naik pentas. 
sebab masa tahun 2009 di tak dapat temankan.

aku tanya "napa papa nyorok2 smoking nih?"
laaa.. kan kawasan larangan merokok.
tau lak takut.hahahha



pa, pandang mama!



VC da Dato Wan


pas abes majlis terus gi mines-makan time

gi secret resepi jer-papa belanja

aku makan lasagne

papa cam bese-nasik ayam sate
papa minum jus epal, aku amik aprikot



balik dari semua program cepat2 amik redza dan rayyan.
bawak gi jusco equine.


adik cakap "PEACE"-!
dik..peace 2 jari la 




tata.

Wednesday, 7 May 2014

wordless wednesday~putra riz~

gambo ni papa yang edit.
kat F.O.S kenanga
bulan bila ek.
mama pon da lupa.
hihihi

Wednesday, 30 April 2014

my BENTO

Hai!

BENTO? apakah?

bila aku baca entry di blog orang lain baru aku tahu apa itu bento.
rupanya bekalan makanan untuk anak2 yang disediakan di rumah . ini budaya orang jepun.
so aku pon nak try jugak la.
arini 30/04/2014  aku buat bento untuk putra riz berdua tu.

seeeeee.....



untuk rayyan imran - yang mcm cekodok tu bergedil ayam  + honey star

adik redza bergedil + koko crunch

* harap2 budak berdua tu makan la bekal yang mama buat ek.
gigih mama bangun 5 pagi hihihi

nanti mama nak ajak papa gi daiso carik bekas2 yang comey untuk prepare bento

katakan YA untuk bento!

yes.. mama dah semangat nih!


gambar-gambar PUTRA RIZ


Assalamualaikum,

dah lama tak letak gambar budak berdua tu dalam blog mama nih.
mesti nak letak, nanti da besa diorang boleh tengok gambar2 diorang masa kecik kat sini.
mama belum sempat nak hantar kat kedai cuci gambar.
gambar2 ni aku campur2 jer la dalam 1 entry.
yang bc pon sorang je sebab de 1 org jer follower, hahahha.


majlis perkahwinan sepupu papa di seremban

 majlis pertunangan anak sedara papa di cheras

 tengok apa tu sayang?

 sorang peace sorang nak flying kiss


anak papa

 anak mama


besday girl - adik momoi bulan 3 2014

Add caption

mak pengantin dan babah pengantin


mama sorok belakang adik, kehkeh


abang mama navy dah balik semenanjung pon join besday party nih


mama pengantin potong kek

tengok heli masa belon panas kat putrajaya


adik ngan rayyan teruja, sampai terpusing2 kepala


eh ada sekeping lagi gambo masa kenduri seremban
-budak girl tu sedara2 papa



tu je nak share.

tata.