Wednesday 11 January 2017

Birthday Rayyan & Redza 2016

Assalamualaikum,

Setahun sekali je update blog.
cuma nak tepek gamba besday 2 org buah hati mama ni ajer.


18 September 2016.
Putra Rayyan Imran  dah 5 tahun.
cuma celebrate kat secret resepi jer.
Dah besa dah anak mama



11 December 2016.
Harijadi Putra Redza Iman yg ke  4  tahun.
Cuma beli kek. dan makan2 dekat umah pak ngah seremban.
Pastu jejalan gi PD. main pasir.
Hui senang je skang sambuat besday anak. hahaha. tak yah nak party2 sangat  la. heheh



sebenarnya ini rupa kek yg telah mama sendiri hias. kek sebenar lagi kosong giler.. menyesal tempah ngan  member.
takpe dik. nanti ma belaja buat kek sendiri ek.,



lepak kat PD kejap..bagi dorang main pasir.





tak kisah la macam mana pon mama sayangkan adik dan abang sampai akhir hayat mama.mama doakan kedua2 nya akan jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.

Amin.


Wednesday 30 December 2015

HAPPY BIRTHDAY PUTRA REDZA IMAN


Yay... Adik dah masuk 3  tahun!!!


11 Disember 2015 redza  dah masuk 3 tahun.  Sebab masa ni cuti negeri selangor sempena keputeraan sultan selangor so mama je la yang temankan redza  bawak redza jejalan kat aeon cheras selatan. Bawak redza soping.


So time cuti krismas sebab mama sina balik serdang so kite buat la besday redza. Mmg tunggu biar semua ada baru mama buat.

suka nye adik



Budak kecik kesyangan mama.



Mama ucapkan selamat hari lahir. Ma doakan redza sentiasa sihat dan di rahmati Allah. Mama papa abg rayyan akan sayangkan redza selamanya. Semoga redza jadi budak yang baik yer.


selamanye jadi kesayangan mama


Ikhlas
Mama redza

Sunday 29 November 2015

HAPPY BORNDAY PUTRA RAYYAN IMRAN

Assalamualaikum.

18 september 2015 birthday Rayyan yang ke 4 tahun. Mama sayang rayyan.

Doa mama sama je tiap2 tahun. Semoga rayyan jadi anak yg soleh. Amin. Love u sayang.


Love,
Mama rayyan

Monday 27 April 2015

HERO

HERO MAMA

~wajah kesayangan mama~
#papa
#rayyan
#redza @dikmok

Sunday 28 December 2014

HAPPY BIRTHDAY PUTRA REDZA IMAN 11/12/2014 - 2 TAHUN



putra redza iman
masa baru lahir


tanggal 11/12/2014
genap la Redza Iman 2 tahun
tak buat lagi besday party.
tarikh 11/12/2014, papa kena out station so selangor cuti mama bawa redza pegi kidzoona jusco equine.
bagi dikmok main puas2.
rayyan imran kiter tinggalkan umah nenek. hehehe.

redza 4  bulan

redza 8 bulan
redza  raya 2014

si kecik mama ni buat mama rasa geram sangat.
mama doakan adik jadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat.
semoga adik sihat-sihat selalu.
mama, papa, rayyan saaaaaayang adik.

cayang adik

jom layan gambar adik kat kidzonna.
da besar nanti mama bawak ke kidzania yer sayang.



  sampai2 terus nak naik benda nih

 eksaited!



sticker kena tampal kat baju, hehehe

suke yer!


hampir 2 jam main kat situ.
bawak g makan dia merengek.
dalam kete odw umah nenek terus tdo.
sian adik.
janji adik happy kan.

nanti kiter bawak abg rayyan pulak.

bye.


yang sentiasa sayangkan adik,
mama ezza

Wednesday 17 September 2014

SELAMAT HARI LAHIR PUTRA RAYYAN IMRAN




Salam,

Hari ni 18 September 2014 adalah Hari Lahir buat kesayangan mama
Putra Rayyan Imran.
Rasa cepat sangat masa berlalu.
Sekejap je dah 3 tahun.
Teringat2 lagi masa 3  tahun yang lepas rasa sakit nye nak bersalin kan 
si kecik ni.
12 jam dalam labour room.
Allah jer la yang tahu sakitnya.

Sekarang ni dia da pandai menyanyi.
macam2 lagu da dia nyanyi.
lagu bangau o bangau.
lagu bulat kecik.
bulat kecik.bulat kecik. bulat la besar.
sayang papa.sayang mama.selamat malam..:hihihi:)

Mama, papa dan adik redza doakan Rayyan akan sentiasa sihat dan menjadi budak yang baik. 
Mama, papa dan adik redza sayang Rayyan ketat2.
muuuaaaahhhh!!!






luv u sayang!!!!




yang sentiasa sayangkan rayyan;
-mama-

Sunday 14 September 2014

#JomSolat









Redza Iman skang da 1 tahun 9 bulan.
da pandai solat.
da pandai merajuk.
da pandai berebut mainan dgn rayyan.
erm...ni la dia si yayang mama!